Set Pengurusan Jenazah

Menyampaikan Khidmat
Dengan Keikhlasan

Di Din Al-Islam, setiap urusan bukan sekadar tanggungjawab - ia adalah amanah yang kami pikul dengan hati yang tulus. Kami percaya setiap insan berhak dihormati dan diuruskan dengan penuh kasih sayang. Dengan niat membantu dan meringankan beban keluarga yang ditinggalkan, kami berusaha menjadikan setiap perkhidmatan sebagai tanda cinta dan penghormatan terakhir buat yang telah pergi.

💎

Inovatif

Din Al-Islam membawa pembaharuan dalam perkhidmatan pengurusan jenazah di Brunei dengan set pengebumian Islam yang praktikal dan penyelesaian digital seperti Budget Planner Simpanan Terakhir..

🔬

Prihatin

Diasaskan atas dasar empati dan kasih sayang terhadap komuniti, kami berkhidmat kepada keluarga yang berduka dengan penuh ihsan, termasuk menyediakan perkhidmatan infaq bagi mereka yang memerlukan..

Berteraskan Islam

Perkhidmatan kami berlandaskan syariat Islam, dengan kerjasama ustaz dan ustazah under MUIB, bengkel fardhu kifayah, dan program pendidikan bersama masjid untuk mendidik ummah..

Pencapaian Kami

Setiap langkah kami dipandu oleh keikhlasan, tanggungjawab dan amanah dalam menyempurnakan urusan akhir

🕊️
0
Set Telah Disalurkan

Lebih 3,000 set pengurusan jenazah telah diagihkan ke seluruh Brunei Darussalam sejak penubuhan kami pada tahun 2020.

🤝
0
Kepuasan Pelanggan %

Setiap keluarga dilayan dengan kasih, hormat dan empati - kerana bagi kami, setiap kehilangan adalah amanah yang besar.

🏆
0
Anugerah Diterima

Penerima Anugerah LiveWIRE Business Awards dan Proudly Brunei Business Award sebagai pengiktirafan atas dedikasi kami dalam khidmat ummah.

💗
0
Program Infaq & Amal

Pelbagai program infaq dan sumbangan ke masjid serta keluarga memerlukan telah dijalankan dengan kerjasama komuniti.

Terlatih Dalam Khidmat

Kecekapan dan kemahiran kami berpaksikan ilmu, kasih sayang, dan amanah dalam setiap urusan pengurusan jenazah.

Semua Kemahiran
Fardhu Kifayah
Pengurusan & Khidmat
Komunikasi & Dakwah
Inovasi & Pembangunan

Hubungi Kami

Ingin bertanya tentang set pengurusan jenazah atau program kami? Kami sedia membantu dengan penuh ikhlas.